Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, March 12, 2016

Ais Krim Malaysia,Ais Krim Sumi


Ais Krim Malaysia atau Ais Krim Sumi 

Bahan2 yang di perlukan :-

1 Tin Susu Pekat Manis
1 Tin Susu Sejat
3 Paket Sumi
4 Tin Air (guna tin yang sama)
Secubit Garam
Plastik Aiskrim (anggaran 30 keping)


Cara-caranya :- 

1 .Masakkan susu pekat manis,susu sejat dan garam bersama 4 tin air sehingga garam hancur.
( Seeloknya guna air masak).
2.Sejukkan susu yang telah dimasak tadi.
3.Sumi dikerat 4 setiap satu.Tapi saya kerat 2 sahaja....baru terasa sumi tu.
4.Masukkan sumi ke dalam plastik aiskrim.Buat 4 atau lebih warna.saya masukkan 4 potongan sumi berselang seli.maksudnya 2 biji sumi ada dalam satu aiskrim....
5. Masukkan susu yang telah sejuk ke dalam plastik td ikat kemas dan bekukan.

Seandainya x cukup budget atau nak buat sikt sahaja....
bahan-bahannya :-
 1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu sejat
4 cawan air 
1 1/12 paket sumi (Selebihnya anak atau kita makan)
plastik aiskrim (anggaran 15 keping)
garam secukup rasa (untuk melemakkan)

Cara-caranya :-
sama sepeti di atas...


bahan2nya....



Sebelum dibekukan


Setelah Beku.



Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera .





Wednesday, November 27, 2013

Kek Minyak.

 Kek Minyak

As Salam warga blog yang dikasihi.
Dah lama sangat rasanya saya x berblog nie.
So harini saya nak kongsi resepi dengan korang semua.
Kalau berminat boleh la cuba,x minat x pe....x paksa pun.hehehe...jangan mare ar..
Kek yang comot kat atas ni namanya kek minyak.
Tak tau la kenapa letak nama camtu...saya pun cuba org punya resepi.
walhal kek coklat kukus pun ada gak letak minyak,x nak plak letak kek coklat minyak kukus yea
kui kui kui....

Resepinya adalah......

Bahan-bahannya:-

5 biji telur ayam
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor (kurangkan skit pun x pe)
2 cwn tepung gamdum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovallete (betul ke eja nya ntah)
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (ikut suka,saya guna apa yang ada kat rumah je)

Cara-caranya:-

Pukul telur + gula + ovallete sampai betul2 kembang.
Masukkan susu pekat + esen vanilla pukul lagi.
Masukkan minyak plak,pukul lagi.
Last sekali masukkan tepung yang dah diayak dengan baking powder tue yea.
Bila adunan dah sebati,bahagikan la ikut warna yang disukai.
Kalau nak lebih dari 2 warna pun x pe.
Pastu,bakar ar dalam suhu160' selama 45min.
dah siap boleh ar makan.....x tunggu sejuk pun x pe.hahaha....
Selamat mencuba yea.