Showing posts with label Kek Minyak.. Show all posts
Showing posts with label Kek Minyak.. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Kek Minyak.

 Kek Minyak

As Salam warga blog yang dikasihi.
Dah lama sangat rasanya saya x berblog nie.
So harini saya nak kongsi resepi dengan korang semua.
Kalau berminat boleh la cuba,x minat x pe....x paksa pun.hehehe...jangan mare ar..
Kek yang comot kat atas ni namanya kek minyak.
Tak tau la kenapa letak nama camtu...saya pun cuba org punya resepi.
walhal kek coklat kukus pun ada gak letak minyak,x nak plak letak kek coklat minyak kukus yea
kui kui kui....

Resepinya adalah......

Bahan-bahannya:-

5 biji telur ayam
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor (kurangkan skit pun x pe)
2 cwn tepung gamdum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovallete (betul ke eja nya ntah)
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (ikut suka,saya guna apa yang ada kat rumah je)

Cara-caranya:-

Pukul telur + gula + ovallete sampai betul2 kembang.
Masukkan susu pekat + esen vanilla pukul lagi.
Masukkan minyak plak,pukul lagi.
Last sekali masukkan tepung yang dah diayak dengan baking powder tue yea.
Bila adunan dah sebati,bahagikan la ikut warna yang disukai.
Kalau nak lebih dari 2 warna pun x pe.
Pastu,bakar ar dalam suhu160' selama 45min.
dah siap boleh ar makan.....x tunggu sejuk pun x pe.hahaha....
Selamat mencuba yea.